CANTIK
Labels: .::Hope::. , Tazkirah
2
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur..Masih lagi di berikan peluang di dunia ini utk menghirup udaraNya...
Tajuk hari ini ialah cantik.
Ada apa dengan cantik?Ini bukan nama kucing, walaupun ramai yang suka menamakan kucing mereka dengan nama-nama extravanganza. Cantik ada dua definisi:
1)Cantik Diredhai Allah
2)Cantik Dimurkai Allah (bahaye ni..)
Kita semua suka kepada cantik..Jangan tipulah kalau ada yang cakap, "Tak suka la cantik-cantik". Hakikatnya sendiri, kita pun tahu..Hatta, Allah swt pun suka yang cantik2..Amalan2 yang tidak cacat, Ibadah yang sempurna..Itu semua dikategorikan sebagai cantik..
Apa bezanya cantik dengan kurang cantik..?
Sebenarnya tidak ada apa-apa beza pun..Cuma, kalau Ibadah dan Amalan cantik, Allah swt akan lebih menyayangi anda.."Jika Ibadah Solat itu tidak sempurna sifatnya, ibadat lain juga tidak sempurna"..kalau tulisan cantik, Lecturer akan mudah membaca tulisan kita berbanding yang kurang cantik..Pilih!
Bezanya, kalaupun seseorang itu cantik, tetapi tidak dihiasi dengan akhlak yang baik, sama lah seperti kek yang cantik dan menyelerakan yang dihurungi lalat secara beramai-ramai...Mesti tak ada siapa pun yang nak makan kan?nak tengok pon..MasyaAllah..tak lalu..
Tapi sekiranya ada kek coklat yang takde topping pun, tapi indah dijaga kesuciannya dan keenakkannya, maka orang pun berkobar-kobar nak makan..Kan2?
Pernah saya hadir ke satu program tahun ini, Alhamdulillah program yang sangat bermanfaat..Kebetulan ada seorang hamba Allah yang muka nya boleh jual di pasaran2 sekarang yang juga peserta pada hari itu..Muka ala-ala artis gitu..Maka, Ustaz pada hari itu memulakan bicaranya dengan pendapatnya tentang cantik..
Bunyinya:
Kalau dengan kecantikan itu membuatkan seseorang itu mulia, Maka sudah Mulia Abu Lahab dan isterinya, kerana maksud Lahab ini adalah bercahaya-cahaya..Maka kalau dengan kecantikan menjadikan seorang itu disanjung Hamman pembantu si Firaun sudah lama dimuliakan Allah kerana kekacakan dia..
Namun, kerana kekufuran mereka, mereka dicampakkan Allah ke dalam neraka kerana kejahilan dan kedegilan mereka, walaupun mereka cantik dan kacak...
Kepada manusia-manusia sekalian...
Tak salah untuk memilih yang cantik, janji ia membawa kita lebih kepada mengingati Allah..
Rakan sekalian,
Jangan tersilap dengan hanya memilih cantik, kita terjerumus dalam cinta-cinta yang tak pasti, apatah lagi yang tidak mendapat keredaanNya..
Tidak salah untuk menjadi cantik, cantikkan lagi ia dengan amalan-amalan soleh yang sempurna, agar mantap kecantikan itu..
Jadilah cantik yang bukan pada luaran sahaja, tetapi juga kecantikan dalaman yang akan menjamin hidupmu di akhirat kelak..
Bangkitlah! Bukan kecantikan luaran shj yang kita cari...Tapi kecantikan hakiki! Jom!
Kita semua cantik, yang membezakan hanya cantik yang diiktiraf Allah swt dan yang mendapat kemurkaanNya...
Betapa Allah memiliki sifat Mukholafatu lil hawadis yang juga tidak dimiliki manusia, Allah tidak memilih cantik luaran sebagai timbangan kebaikan dan kemuliaan, bahkan kecantikan dalaman dan tahap ketaqwaan yang paling penting...Berlainan dengan segelintir manusia, yang hanya melihat pada kecantikan luaran, yang mana tidak kekal di dunia dan juga disisiNya...Wallahua'lam...

awk cantik jgk.hehe
hani mengade:awk jge cantik...hoho..