Kamu Boleh Jika Kamu Komited
Labels: .::Hope::. , .::Vacation::. , PROGRAM BEST
0
Salam 'alaik utk semua..Semoga masih dalam lembayung rahmat Allah swt..dan bersyukurlah insyaAllah anda sedang berada dalam nikmat yang tertinggi, iman dan Islam...
Pejam celik, pejam celik...cuti dah pun nak habis..Maka, bnyak perkara yang mahu ditunaikan sekurang-kurangnya sebelum berangkat balik ke UIA..Almaklumlah, ni adalah sem terakhir kami di UIA..Maka dengan itu, result pun dah agak-agak macam hujan yang tak sabar nak curahkan airnya...cuma menunggu masa yang sesuai.. Tarikh 6 Disember 2010 atau Hari Isnin bakal menyaksikan sama ada 'effort' yang saya curahkan mencukupi atau tak...Hmm..Jujur.Saya tak mengharapkan apa-apa yang istimewa first sem ni..Tekanan demi tekanan hebat sepanjang sem diharungi...Memang hebat...Dicampur pula dengan markah CAM marks yang tidak seberapa., boleh dikatakan saya agak khuatir untuk menyambut keputusan sem 1.Apa-apa pun saya bersyukur sebab diberikan peluang oleh Allah untuk merasai betapa payahnya menggenggam segulung kertas bernama ijazah.
Enough with the review of the exam...Sekarang masih lagi cuti walaupun tinggal lebih kurang seminggu lagi...Oleh itu, saya ingin manfaatkannya supaya lebih beerti...
Ya, komited bermaksud hasil akhirnya ialah anda terpaksa menghadapi sengal-sengal badan kerana kepenatan, idea semakin kontang kerana asyik menggunakannya sepanjang tempoh bekerja dan paling penting, ada atau tidak orang lain yang sama komited dengan anda untuk membantu anda sepanjang tempoh bekerja?
Terkadang saya mahu komited, tapi banyak halangan yang saya hadapi..Contoh:rasa malas dll.(ini tidak baik)
Sepanjang cuti, saya dan rakan-rakan merancang untuk mengadakan rumah terbuka di rumah anak yatim untuk membantu mereka serba-sedikit..mungkin ini permulaan insyaAllah..ini yang saya mampu untuk membantu mereka di kalangan masyarakat..Alhamdulillah, telah siap di peringkat permulaan seperti banner, flyers dan poster untuk menggalakkan org ramai dtg..Dan juga, saya telah dipanggil oleh anggota tampak untuk membantu mereka membuat penyelarasan..Walaupun tak banyak yang saya boleh bantu, namun saya berpuas hati kerana dapat membantu meski sedikit cuma...Alhamdulillah..
Ada juga masalah jika saya mahu komited. Lagi2 saya seorng anak perempuan tunggal dlm keluarga...Mak menuntut supaya saya sentiasa ada di rumah..Jadi, jika saya mahu komited sebagai contohnya utk program anak yatim ni, mcm2 kerisauan melanda diri mak..Macam2 persoalan yg timbul sedangkan tempatnya tidak jauh dari rumah..Ada harga yang perlu saya bayar jika mahu komited. Bukan hari-hari, tapi untuk hari2 yang hanya dibenarkan utk keluar dri rumah..Tapi alhamdulillah, keluarga tidak menentang sepenuhnya dan memberikan kepercayaan kepada saya rakan-rakan terutama pada program2 berbentuk kerohanian..Saya bersyukur untuk itu.
Apa yg mahu saya sampaikan adalah, anda boleh komited dlm apa jua bentuk meskipun anda bekerja dri rumah..Komited tidak semestinya menuntut anda berada di tempat bekerja. Komited boleh berlaku dimana-mana asalkan hati anda bulat pada tempatnya. Banyak yang boleh anda sumbang seperti wang ringgit, sokongan moral dan lain-lain. Saya sering dtg lambat ke tempat kerja program iaitu di rumah salah sorg kawan. Tiap2 kali dtg lambat. Tapi saya tetap dtg dan menolong apa yg termampu kerana saya tahu bukan senang nak dapat keizinan mak. Tambahan pula nenek saya masuk hospital tempoh hari kerana darah tinggi (Alhamdulillah dah ok..). Jadi inilah tanda komited saya. Sokongan doa juga boleh dianggap komited. Dan paling penting, jika hati anda bulat kerana Allah swt, lebih2 lagi la akan rasa kemanisan bekerja, hati akan senang dan badan akan berkurangan letihnya. Wah! Ini sudah bagus..
Pasal masalah kerisauan mak-mak ini, cuba yakinkan mak anda seperti:
"mak pun dapat saham nanti di akhirat tau.."
InsyaAllah mak-mak akan beri izin..Tapi saya tak jamin alasan ini akan laku tiap2 hari..Cuba cari alasan lain yang lebih kurang sama. Semoga berjaya! Kamu boleh kalau kamu nak komited!
Bicara Tiqash: Syakirah, kawan yg bakal berkahwin meminta utk menjadi pengapit, tu pun mak tak setuju. Alasan: nanti balik UIA lambat..Tapi saya dah dpt jalan penyelesaian..=) TQ mak!



0 Response to "Kamu Boleh Jika Kamu Komited"
Post a Comment
::Arigatou::감사합니다::شكرا::Thank You::Terima Kasih::For the comments of course...