~The First Entry in 2011~
1
Salam 'alaik sume...Apa kabar..Harapnya seperti biasa moga anda semua berada dalam lembayung rahmat Allah swt..
Congratulations to me because of not updating my 'own' blog..hihi...I have been very busy throughout the month, that is why...(excuses2..)
Sebenarnya kita baru saja menginjak ke tahun 2011 ni...Alhamdulillah, saya masih diberikan peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumiNya ini...Syukur...Masih di pertengahan bulan Januari, banyak berita suka dan duka datang..
Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi...Harap2 azam tahun ini lebih baik dri tahun sebelumnya..InsyaAllah..
Sem baru bermula pada bulan Disember.Sebenarnya dah tak ingat tarikh..Masih di sini menyempurnakan tugas sebagai seorang pelajar..InsyaAllah..
Tahun 2011 ini juga..saya dikejutkan dengan pemergian adik kepada Kak Hajar Akma (B.Ed.Tesl Cohort 3), Siti Sarah Afni pada 5 Januari 2011..Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...Semoga beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman...Ini adalah ujian yg amat getir buat Kak Jaja sekeluarga...Pemergian Sarah Afni memberikan satu peringatan kepada saya, mungkin juga pada kita semua yg kita akan dijemput bila-bila masa oleh Allah swt..Pemergian beliau juga menandakan yg Allah sdg 'berbicara' dengan Kak Jaja sekeluarga kerana dalam Al-Quran jga ada menyebut, Tidak beriman seseorang itu sehingga dia ditimpa ujian oleh Allah swt...Jadi perkara ini sebenarnya menjadi kayu pengukur sejauh mana keluarga Kak Jaja menerima dan reda dengan ketentuan Allah swt..Perkara yang sama mungkin berlaku kepada kita satu hari nanti..Wallahu'alam..
Alhamdulillah, sudah mahu menginjak ke bulan Februari..Semakin mencabar juga subjek-subjek untuk second sem ini..Dan tugasan-tugasan juga semakin mencabar..Harap2 tahun ni mencapai target..InsyaAllah...semakin banyak group work, semakin itu jugalah mesti banyak persefahaman antara satu sama lain...Untuk subjek Discourse, Ethics, Teaching Reading, Teaching Listening, Action Research..hampir semuanya group work..Ini menuntut tenaga yg bukan sedikit..Moga saya tabah..InsyaAllah...
Semakin banyak tugasan dunia menghimpit, semakin itulah kita tak boleh meninggalkan Allah swt.. Kita mesti ingat, apa-apa pun yg berada di dunia ini, apa-apa saja yg kita dapat sama ada mudah atau payah, semuanya dari Allah swt.Jangan lupa sujud padaNya tanda SYUKUR.Jangan lupa berdoa tanda KEIMANAN dan KETAQWAAN. Jangan lupa berzikir tanda INGATAN. Jangan lupa berselawat tanda KASIH pada Rasulullah. Tapi dalam pada itu, jangan lupa dengan kasih sesama manusia dan makhlukNYA..Berbuat baikla pada orang lain walaupun tidak dihargai..Ingat, setiap apa yang anda lakukan ada pemerhatinya..InsyaAllah, baik niatnya, baiklah natijahnya..Bersabarlah dengan keadaan apa pun, kerana kesabaran itu bukti anda beriman..
*Pada sahabat-sahabat seperjuangan di Melaka, rindu untuk bertemu kamu semua...Terima kasih di atas tugasan dan saya akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya..Salah silap tolong tunjukkan dan betulkan..InsyaAllah..Uhibbukunna fillah..
Inilah dia, kalau dah lama tak tulis, panjangnya postnya lain macam..
Semoga terus tabah mengharungi kehidupan sebagai khalifah dan pelajar di bumi Allah...teruskan berjuang!!
May Allah bless all of us with His guidance and mercy..InsyaAllah..



alhamdulillah...it's good..for da first but not da last...miss u a lots...