0


Salam'alaik...Alhamdulillah kepada Allah shj yg telah memberikan limpah kurniaNya kepada saya dan keluarga..Tidak lupa kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, saya sempat pulang ke rumah untuk menghabiskan cuti hari minggu. Saya mengambil keputusan balik dalam keadaan yg agak tergesa-gesa. Tapi takpela tu..Sebenarnya tadi saya sedang menyiapkan assignment yg tak habis-habis...Tapi tup-tup mengantuk pulak.. sy pun teringatkan blog usang yang dah lama sangat tak di updatekan.. Cakap pasal assignment, memang tak dinafikan memang byk..Kadang2 untuk satu subject tu ada 2 atau 3 projek..Tu belum masuk koko lagi..Memang payah..tapi nak kira kepayahan tu, memang silap saya sendiri.. Budaya tangguh2 kerja memang lama melekat dalam diri ini..tak tau lah kenapa..Mungkin sebab dah terbiasa.






Tapi memikirkan kepayahan ini, sebenarnya ada yang lagi susah daripada kita sebenarnya..Sesiapa yg tinggal di Malaysia sebenarnya sangat beruntung sebab masih Allah berikan peluang untuk hidup dalam keadaan aman damai dan dengan kuasa beli yang insyaAllah masih lagi baik. Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan tsunami di Jepun. Dikhabarkan ini adalah rekod terburuk negara Jepun selepas 300 tahun. Teringat dengan kata-kata Ustaz Habeeb Rahman bahawasanya ini sebenarnya adalah kiamat kecil. MashaAllah, sya dengar pun dah kecut perut. Belum lagi berada dalam keadaan bencana tersebut. Astagfirullah. Kita di sini masih leka dengan mainan 'hedonisme' rekaan kita sendiri.

Bila saya fikir-fikir, betapa ramai umat Melayu yg konon2 memegang panji Islam dalam kad pengenalan tapi tak sikit pun mengamalkan sikap terburu-buru dalam mengerjakan amal Islam. Jangankan nak berdakwah, solat lima waktu belum tentu beres lagi..Mengambil sikap acuh tak acuh dalam menunaikan yg fardhu. Memang menyedihkan.Lagi menyedihkan jika perkara tersebut berlaku pada orang yg rapat dengan kita. Nak tegur dengan mulut takut hati terasa, jadi saya hanya berserah dan hanya mampu berdoa kepada Allah swt. Memang tahap selemah-lemah iman.



Sebenarnya tsunami yg terjadi di Jepun tu sudah cukup memberikan peringatan kepada kita tentang Allah itu Maha Hebat dan Perkasa..Jangan sesekali kita memperlekehkan apa yang terjadi...Ambillah iktibar daripada keadaan tersebut dan bersyukurlah Allah tidak timpakan kita sekali lagi dengan kejadian tersebut.. Ingat jangan sombong dan ingkar dengan Allah swt..

"Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)." (Al-An'am:15)

Rasanya sampai sini dulu. Perlu terbang ke kerja yang tergendala sebentar tadi..
Wallahua'lam...

0 Response to " "

Post a Comment

::Arigatou::감사합니다::شكرا::Thank You::Terima Kasih::For the comments of course...