0
Salam 'alaik pada semua..
Apa khabar semua?harap2 sihat hendaknya dan kekal di dalam rahmat Allah swt..
Saya tak mahu cakap ini, tapi kena cakap juga..Cepat sungguh waktu berputar...Sem di UIA dah tamat...Terasa dan teringat mula2 parents nak hantar pergi UIA dulu..rasa macam baru lagi..Hmm...Tak sangka dapat juga menghabiskan pengajian di UIA.Lepas ini, kembali ke IPGM Kampus Perempuan Melayu..
Banyak pengalaman yg saya dapat sewaktu belajar di UIA dan boleh dikatakan pengalaman2 tersebut, ada yg best dan ada juga yang tak berapa best..
Tetapi satu daripadanya ialah dari segi suasana belajar dan kebebasan. Sebenarnya kebebasan itu perlu tetapi perlu mengikut had2 yg tertentu..Dalam Islam sendiri menitikberatkan soal had sesuatu perkara dan juga bersedehana..
Perbezaan universiti dan institut perguruan memang ketara. Kedua2nya saya suka tapi di universiti, ternyata kemudahan yg disediakan lebih mudah dan 'easy access'. Serba lengkap..Kadang2 untuk mendapatkan barang keperluan tak perlu keluar pun..Mungkin keadaan di institut perguruan berbeza kerana jumlah guru pelatih dan banyak faktor-faktor pendesak yang lain. Dan mungkin juga, institut perguruan adalah tempat di mana terlatihnya bakal-bakal guru di Malaysia. Dan mungkin juga, di institut perguruan kami semuanya perempuan, jadi bukan semua kemudahan boleh di ambil kira seperti pembukaan 'cyber cafe' di asrama dan gerai2 makanan yg pelbagai...Kebebasan yg diberikan amat saya hargai..ini bukan bermakna ia adalah tiket untuk saya melakukan yg tak sepatutnya, tapi kami dilayan seperti orang yg dewasa tanpa perlu 'dikongkong' setiap masa.Saya tak nafikan, kadang2 kebebasan perlu, tapi dalam kadar yg sepatutnya sebab kita tak mahu bakal guru-guru yg terlampau bebas tanpa berfikir panjang.
Pembelajaran yg baik memerlukan keadaan sekeliling yg kondusif dan tanpa terlalu banyak tekanan. Tekanan perlu, tapi seperi yg saya katakan, tekanan dalam bentuk yg sederhana pemberatannya..Jika terlalu banyak tekanan, maka tak mustahil satu hari nanti akan berlakunya pemberontakan pelajar2. Ini penting kerana kita tak mahu melahirkan guru-guru yg kurang kualiti. Tekanan yg terlampau akan menyebabkan kesan dari pelbagai bentuk terutama sekali dari sudut psikologi..
Saya bertuah kerana diberikan rezeki oleh Allah swt untuk merasai bagaimana hidup di kedua-dua buah institusi pengajian tinggi ini..Alhamdulillah...Pensyarah2 di sini amat memahami pelajar-pelajar dan membantu pelajar2 dalam apa jua masalah sekalipun..Kami diberi kebebasan untuk melakukan projek2 dan assignment yg diberikan. Apa yg saya suka ialah, setiap kali kami hantar draf, pasti draf kami akan dikembalikan dan disemak dengan teliti. Dari situ kami belajar dari kesilapan dan memperbaiki draf kami...Maka, tiada sebab untuk tidak mendapat markah yg tinggi dalam assignment..
Mungkin di institut perguruan dulu saya masih lagi tidak matang dan jarang-jarang menghantar draf dan mungkin juga draf2 yg dihantar tak dikembalikan..Harapan saya, apabila balik ke maktab, akan ada lagi perubahan yg baik pada diri saya dan saya tegar menghadapi ujian2 di maktab..Dengar kata, maktab sudah bukan seperti dulu..I'm looking forward to it..Sepanjang 5 tahun pengajian ini saya telah banyak belajar..alhamdulillah..Syukur pada Allah swt..Kawan2 semua jgn takut untuk belajar sesuatu kerana ilmu-ilmu yg kita pelajari mesti bermanfaat pda kita akhirnya..Dan jangan jadi org yg tidak mahu berkongsi ilmu, kerana ia akan mendatangkan murka Allah swt..
p/s: Sabtu akan ke UIA semula untuk meghadiri satu program penting.Doakan saya berjaya!

0 Response to " "
Post a Comment
::Arigatou::감사합니다::شكرا::Thank You::Terima Kasih::For the comments of course...