Peperiksaan Lagi

Labels: , ,

0


Salam'alaik..
Alhamdulillah. Selawat salam keatas Baginda Nabi s.a.w.

dah masuk musim exam dah saya ini..Alhamdulillah ini merupakan exam terakhir selama hampir enam tahun bertungkus lumus belajar.

Semalam start satu paper, iaitu paper The Teaching of Writing in Primary School. Berpeluh-peluh menjawab soalan tu. Mungkin sebab tidak bersedia dengan persediaan yang sepatutnya, mungkin juga berpeluh sebab menahan sakit menulis terlalu banyak. Bayangkan, tiada soalan MCQ, 5 structured question (yang tak berapa nak structured-dah macam essay gayanya), tambah dengan short answer question dan yang paling best, ada lesson plan at the end of it. Memang mantop. Masa yang diberi hanya two and a half hours. Ada juga kawan-kawan tak sempat pun nak garis lesson plan tu.Lawak.Kesian juga. Saya juga mengalami perkara yang sama. Tak cukup masa. Time management tak betul atau time allocation yang tak cukup?Entah.

Hari ini pula ada subject Testing and Evaluation in ELT (English Language Teaching). Tembak-menembak terus berleluasa dengan jayanya. Adakah salah sendiri sebab kurang pembacaan?Entah.Mungkin. Tapi Alhamdulillah dua paper dah lepas. Tapi resultnya tak tahu. Tawakkal pada Allah swt.

Dengan kesibukan menelaah pelajaran, jangan lupakan kewajipan kita pada Allah. Masa-masa peperikasaan ini, tiada apa yang berubah, melainkan usaha dengan lebih lagi terhadap pelajaran dan mengejar cinta Allah. Jangan kerana exam, maka ramai antara kita pun beranggapan seperti ini:

"Takpelah lewat sikit solat. Nanti tak habis hadam pula info ni"

"Tak payah la solat jemaah.Lambat lah.Tunggu orang baca surah panjang-panjang. Nanti tak sempat nak baca untuk paper esok"

"Tak pe. Yang pengisian rohani kita tangguh dulu. Bagi laluan pada peperiksaan. Yang tu tak masuk exam"

Ingat:
Bukan pembacaan kita yang menjamin kita boleh mejawab exam dengan baik.
Bukan kerana ilmu kita, kita mendapat grade yang baik dalam exam.
Bukan juga kerana cerdiknya kita, kita dapat jangka kita telah menjawab dengan betul.
Bukan kerana pensyarah yang membuatkan markah kita tinggi.

Semuanya adalah kerja Allah, qada' dan qadar Allah. hanya kita sebagai hambaNya berusaha untuk merealisasikan harapan tersebut. Kita berharap agar dapat menjawab dengan baik, mendapat markah yang baik, mendapat grade yang cemerlang dan mendapat markah yang tinggi. Kita mahu semua itu? Maka mintalah dengan Allah swt, jangan minta dengan otak, jangan minta dengan pensyarah, jangan minta dengan orang lain. Pertingkat dan perhebat amal supaya Allah nampak kita apabila kita berdoa. Pasakkan keyakinan bahawa Allah lah yang melulus dan menggagalkan, yang direalisasikan oleh penyemak-pemyemak kertas soalan kita.

Maka dengan ini, saya mengucapkan Selamat Menjawab Soalan dan Selamat Menghadapi Peperiksaan. Ingat yang memberi ilmu itu Allah, bukan buku kita. Tapi buku adalah sebagai medium bahawasanya Allah mengurniakan ilmu tersebut pada kita. InshaAllah. Selamat Berusaha!!

0 Response to "Peperiksaan Lagi"

Post a Comment

::Arigatou::감사합니다::شكرا::Thank You::Terima Kasih::For the comments of course...