Kita Pernah Bersama

Labels: ,

0


Usai mendengar lagu Devotees "Bersama'. Dan saya teringat bersama-sama dengan sahabat seusrah di UIA. Pernah kami berusrah pada jam 12 tengah malam kerana kekangan masa masing-masing, terutama naqibah kami yang tersayang sangat sibuk orangnya.

Sesama usrah kami ada yang sudah membina mahligai bahagia dan dah ada anak pun!Kami kasihan pada dia yang sarat mengandung waktu itu, tapi tetap istiqamah mengikut usrah walaupun pada malam hari..Tabik spring pada dia. Bila teringat pada moment2 yang indah macam itu, terasa manisnya ukhuwwah kerana kami tetap mahu menyaksikan wajah-wajah yang indah semasa usrah ini. Kalau tak jumpa rasa rindu mencengkam dada. Nama sahabat saya ni Atikah. Cantik orangnya (tu pasal kahwin cepat ^_^

Dan lagi, selepas bersalin, dia tidak meninggalkan usrah..Tetap pergi walaupun terpaksa bawa anaknya sekali. Nama anaknya ialah 'Ulwan. Sedap kan nama dia. Semoga 'Ulwan mengikut jejak umi dengan abinya yang tetap subur dengan dakwah dan tarbiyyah. Amin. Semoga Allah tetapkan juga hati saya untuk terus berada di landasan dakwah dan begitu juga dengan keturunan2 saya selepas ini. Amin.

ni la 'Ulwan..^-^

Begitulah manisnya ketika berukhuwwah Walaupun saya masih belum sempat bertemu dengan mereka hampir setahun ini, tetapi di hati tetap merindui mereka. Segala kenangan sewaktu berehlah, berusrah dan berprogram bersama tetap berada dalam hati ini sampai bila-bila. InshaAllah.

0 Response to "Kita Pernah Bersama"

Post a Comment

::Arigatou::감사합니다::شكرا::Thank You::Terima Kasih::For the comments of course...